Infinix Zero 20 Hadir Dengan Cip MediaTek Helio G99 Dan Kamera Swafoto 60MP

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Infinix kini hadir dengan penawaran baharu menerusi Zero 20. Ini adalah peranti berspesifikasi pertengahan dengan janaan cip MediaTek Helio G99. Turut disertakan adalah rekaan tubuh peranti berkotak bersama panel hadapan sejenis bertakuk kecil.

Untuk lebih khusus, Infinix Zero 20 menggunakan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula sebesar 4500mAh yang menyokong sistem pengecasan 45W.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 108MP (utama) + 13MP (ultra-lebar) + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 60MP yang turut menyokong OIS. Untuk harga, Infinix Zero 20 dijual pada EUR 460 (~RM2,067) dengan pilihan warna seperti Gold dan Grey.

komen


© Amanz / 2022 Kami