Keputusan Carian Lokasi Di Google Search Kini Memaparkan Maklumat Cuaca, Pengangkutan Dan Video

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

“Cuba Google” ialah terma yang digunakan setiap hari sekiranya kita tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan. Google Search ialah pusa sehenti segala bentuk maklumat yang ingin diketahui di dunia. Bagi memberikan jawapan yang lebih tepat dan relevan kepada pengguna, Search kini memaparkan lebih banyak maklumat yang berguna.

Sekiranya carian mengenai sesebuah lokasi seperti bandar dilakukan, Search kini akan memaparkan keputusan carian dalam bentuk pautan Wikipedia, cuaca, masa yang diambil untuk pergi ke destinasi dan juga video yang berkaitan. Video yang diberikan mungkin akan menunjukkan majlis keraian yang sering berlaku di lokasi dan keadaan sekeliling.

Dengan semua maklumat yang dipaparkan dalam bentuk kad ini, Google berharap maklumat yang lebih lengkap dalam segala bentuk boleh diberikan kepada pengguna yang melakukan carian.

komen


© Amanz / 2022 Kami