Cari @ Amanz

Malaysia dan Republik Rakyat China telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk melakukan kerjasama telekomunikasi digital yang merangkumi teknologi 5G, ekonomi digital dan keselamatan siber.

Menara Telekomunikasi

Dengan MoU ini kedua-dua negara dijangka akan menerokai potensi kerjasama dalam teknologi aplikasi 5G, menggalakkan kerjasama dalam e-dagang, inovasi syarikat tunas rintis, pengkomputeran awan, data raya, kecerdasan buatan, Internet benda (IoT), aplikasi Internet dan teknologi digital lain serta kerjasama dalam polisi, piawaian, tindak balas kecemasan, teknologi sekuriti data, latihan serta kesedaran berkaitan keselamatan siber.

Kerjasama ini dijangka memberi nilai tambah kepada Malaysia dengan mengambil kira perkembangan pesat industri teknologi maklumat di China. Kedua-dua negara dapat menimba ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang 5G, keselamatan siber dan ekonomi digital. Selain itu, kerjasama China untuk berkongsi amalan terbaik, pengalaman dan kepakaran melalui inisiatif bersama dapat membantu meningkatkan kepantasan dan kesiapsiagaan ekosistem keselamatan siber dan pendigitalan negara terutamanya dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian 4.0.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd