Kenderaan BMW Generasi Baharu Akan Menggunakan Amazon Alexa Sebagai Pembantu Digital

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BMW iDrive adalah sistem inforia yang digunakan dalam kereta BMW sejak tahun 2001 lagi. Pada tahun 2018, BMW mula melancarkan pembantu maya atau pembantu digital yang digelar BMW Intelligent Personal Assistant yang membenarkan pengguna mereka berinteraksi dengan sistem inforia sambil memandu secara bebas tangan.

Kini, BMW telah bekerjasama dengan Amazon untuk mengintegrasikan Amazon Alexa ke dalam iDrive. Kenderaan BMW generasi baharu akan menggunakan inforia yang mempunyai Alexa. Menurut Amazon ini adalah contoh apakah kemampuan Alexa Custom Assistant boleh lakukan, iaitu memberi syarikat luar menggunakan teknologi sedia ada dan mengubah agar boleh disesuaikan dengan produk masing-masing.

Dengan ramai orang sudah mengenali Alexa seperti untuk menggunakan arahan suara untuk mengawal muzik, peranti berhubung dan pelbagai lagi – pengguna akan lebih selesa dengan Alexa dalam kenderaan BMW. BMW turut akan membenarkan pengguna memilih sama ada ingin menggunakan Alexa, BMW Intelligent Personal Assistant atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan pertama yang akan menggunakan inforia BMW iDrive dengan Alexa akan dilancarkan dalam masa dua tahun lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami