Cari @ Amanz

Amazon telah mengemaskini siri Kindle dengan melancarkan Kindle Scribe. Tablet ini dilengkapi dengan skrin 10.2″ E-ink yang bukan sahaja menjadikannya sebuah pembaca ebuku yang baik tetapi turut hadir dengan sokongan stylus yang membolehkan ia digunakan untuk menghasilkan lakaran.

Dengan kepadatan pixel 300ppi, paparan Scribe adalah terang dan tajam walaupun skrin agak besar. Dua pilihan stylus diberikan dengan model Basic Pen boleh digunakan untuk melakar sementara Premium Pen pula mempunyai butang tambahan serta pemadan pada bahagian belakang. Teknologi Wacom digunakan pada kedua-dua stylus.

Amazon berkata Scribe oleh bertahan sehingga 12 minggu dengan sekali caj jika digunakan 30 minit sehari. Terdapat integrasi mengambil nota pada Scribe yang membolehkan pengguna menandakan ebuku dengan terdapat butang eksport terus ke Microsoft Word. Di Amerika Syarikat Kindle Scribe dijual pada harga $339.99 (~RM1858) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd