Di awal pandemik hanya ujian calitan hidung boleh mengesan jangkitan Covid-19 pada tubuh. Ia menyakitkan dan menakutkan Kemudian ujian RTK mula digunakan dengan ketepatan yang tinggi sebelum ujian hembusan nafas dan analisa bunyi batuk turut dihasilkan. ResApp, sebuah aplikasi yang dibangunkan firma Australia boleh mengesan pesakit Covid019 dengan menganalisa bunyi batuk dengan ketepatan 92%.
Dengan kejayaan di peringkat klinikal, ResApp telah dibeli oleh firma farmaseutikal gergasi Pfizer pada harga AUD 179 juta (~RM539 juta). Selain mengesan Covid-19, algoritma ResApp juga boleh mengesan pelbagai jenis repertori seperti asthma, pneumonia, dan bronkitis.
Pfizer berharap aplikasi ini akan digunakan di seluruh dunia bagi melakukan pengesanan pesakit dengan lebih pantas tanpa perlu melakukan ujian kimia seperti sekarang yang menelan belanja. Pembangun pula berharap dengan ia kini diambil alih Pfizer, penggunaan aplikasi dapat dikembangkan ke kawasan luar bandar untuk memudahkan pengesanan penyakit pulmonari dengan pantas serta murah.
- Sumber – University of Queensland menerusi New Atlas