Carian
Moto G72 Akan Dilengkapi Dengan Cip MediaTek Helio G99
September 29, 2022 Amy Maizuraa

Moto G72 bakal dilancarkan di India pada 3 Oktober ini. Ia telah disahkan tiba dengan janaan cip MediaTek Helio G99, secara jelas menunjukkan peranti ini sekadar dilengkapi sokongan 4G. Sungguhpun begitu, kita boleh menyasarkan akan terdapatnya variasi 5G yang mungkin diumumkan pada masa akan datang.

Seterusnya peranti juga akan dibekalkan dengan skrin sejenis pOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan pengimbas cap jari di skrin. Turut disertakan adalah kamera 108-Megapixel untuk utama serta ultra-lebar, di samping dua kamera lain untuk kedalaman dan makro.

Selain daripada itu, sistem pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos turut digunakan. Di samping, bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 30W. Bagaimanapun, kepala pengecas yang disediakan menyokong kuasa output mencapai 33W.

Moto G72 akan tersedia dalam pilihan warna Meteorite Gray dan Polar Blue dengan gandingan memori 6GB RAM serta storan dalaman 128GB. Seperti biasa maklumat lanjut termasuk harga jualan peranti bakal diketahu selepas ia dilancarkan kelak.

Komen