Microsoft Akan Tamatkan Sokongan SwiftKey Untuk iOS 5 Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iOS mula menyokong papan kekunci pihak ketiga pada tahun 2014. Sejak pada itu, Google mula menawarkan Gboard dan SwiftKey sebelum dibeli Microsoft turut menawarkan aplikasi papan kekunci mereka untuk pengguna iOS.

Baru-bari ini, Microsoft mengumumkan yang sokongan SwiftKey untuk iOS akan ditamatkan pada 5 Oktober. Pengguna yang sudah memasang aplikasi akan boleh terus menggunakannya, tetapi minggu hadapan aplikasi ini tidak lagi akan ditawarkan di App Store.

SwiftKey untuk iOS dikatakan sudah sekitar satu tahun tidak dikemaskini dan pelbagai masalah yang dilaporkan juga sudah berbulan tidak dibaiki. Microsoft tidak menjelaskan sebab kenapa mereka hentikan sokongan aplikasi ini pada iOS.

Walau bagaimanapun, SwiftKey untuk Android akan kekal disokong begitu juga pada Windows di mana teknologi papan kekunci terbina dibina berasaskan teknologi yang sama.

komen


© Amanz / 2022 Kami