Xiaomi Lipstick Power Bank Dilancarkan Dengan Rekaan Gincu, 5000mAh Dan 20W

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari lepas, Xiaomi telah melancarkan peranti Xiaomi Civi 2 dengan cip Snapdragon 7 Gen 1, kamera 50MP, rekaan nipis untuk kekal bergaya dan lubang bujur pada skrin seakan iPhone 14 Pro. Peranti ini sejak ia diperkenalkan memfokuskan kepada gaya hidup, fesyen dan sistem kamera yang adil untuk semua warna kulit.

Bersama-sama dengan Xiaomi Civi 2 ini, Xiaomi turut melancarkan powerbank baharu iaitu Xiaomi Lipstick Power Bank. Powerbank ini menggunakan rekaan seakan gincu untuk disesuaikan dengan Civi 2. Warna yang digunakan pula adalah jenis cerun biru cair dan merah jambu, mempunyai lebar 30.6mm dan berat 127g.

Kapasiti bateri adalah 5000mAh dengan sambungan USB-C dan kuasa pengecasan 20W. Xiaomi menjanjikan ia boleh mengecas Xiaomi Civi 2 sehingga 80% dan iPhone 13 Pro 43% dalam masa 30 minit. Ia turut mempunyai cip untuk mengenalpasti peranti dan mempunyai perlindungan agar tidak terlebih cas. Powerbank itu sendiri boleh dicas sehingga penuh dalam masa 1.5 jam.

Xiaomi menjual Lipstick Powerbank ini pada harga RMB 129 iaitu sekitar RM83 dan terhad di pasaran China sahaja setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami