Cari @ Amanz

Sebuah acara pelancaran untuk produk baharu Amazfit telah dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober. Video pendek berdurasi 15 saat yang dimuatnaik memperlihatkan pengenalan untuk Amazfit GTS 4. Dalam pada itu, Amazfit GTR 4 turut akan diumumkan pada acara yang sama berikutan kedua-duanya sedia diacah menerusi poster sebelum ini. Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai harga dan ketersediaan di Malaysia akan kami kongsikan menerusi kemaskini selanjutnya.

Amazfit GTR 4 merupakan jam tangan bermuka bulat dengan tubuh sejenis logam tahan karat bersama tiga tali iaitu nilon, kulit atau floroestemer. Saiz adalah sebesar 1.47-inci AMOLED dengan kebolehan sesentuh yang turut memuatkan dua butang kawalan di sisi pada bahagian kanan. Turut disertakan adalah pengesanan 150 aktiviti sukan terbina, sistem dwi-GPS untuk penjenjakan laluan yang tepat dan kebolehan menstrim muzik serta panggilan telefon. Bateri pula boleh bertahan sehingga 50 hari dengan mod biasa.

Amazfit GTS 4 pula menampilkan muka jam berbentuk segi empat dengan tiga pilihan tali jam bergantung kepada keperluan pengguna. Skrin pula sebesar 1.76-inci AMOLED yang mana turut menyokong kebolehan sesentuh. Sebilangan besar fungsi dan cirinya adalah sama seumpama seutas GTR 4. Namun begitu, keupayaan bateri sekadar bertahan sehingga 30 hari dengan mod biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd