Kadar Dagangan NFT Jatuh 97% Berbanding Januari 2022
September 29, 2022
Rantaian Blok
Aman
NFT merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak daripada tahun lepas, dan mencapai kemuncak nilai dagangan pada awal tahun ini. Sejumlah jenama baharu dibangunkan menggunakan NFT, seperti Bored Ape dan sebagainya.
Apa pun, kadar dagangan NFT kini dilihat jatuh sehingga 97% berbanding Januari lepas. Pada Januari, nilai dagangan NFT mencapai sekitar $17 bilion, tetapi kini ia mencapai sekitar $466 juta – yang mana masih tinggi, tetapi memperlihatkan trend penurunan.
Selain dagangan NFT, nilai kriptowang juga turut memperlihatkan penurunan kebelakangan ini, termasuk nilai Bitcoin yang didagangkan dibawah RM100,000.
[sumber]Sumber : Bloomberg[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.