Grab hari ini berkongsi penyata kewangan dan perkembangan syarikat mereka. Turut dikongsikan adalah perancangan akan datang, mengatakan Grab akan membuka bank digital di Malaysia pada tahun hadapan, 2023.
Grab sebelum ini sedia menerima lesen bank digital di Malaysia daripada pihak BNM, dan kini mereka dalam fasa seterusnya sebelum memperkenalkan perkhidmatan tersebut.
Pada masa yang sama, Grab turut berkongsi, mereka menyasarkan operasi bank digital mereka mencapai titik pulang modal seawal 2026 kelak.