Apple Dijangka Membentuk Pasukan Baharu Untuk Projek Kereta Apple
Aman
Penganalisa popular, Ming-Chi Kuo kini menyatakan Apple berkemungkinan besar membentuk pasukan baharu untuk projek kereta Apple atau Apple Car, sebelum penghujung 2022 kelak.
Untuk makluman, sebelum ini kita telah sedia mendengar beberapa kali berkenaan projek kereta oleh Apple ini. Ia telah dimulakan beberapa tahun lepas, namun, menghadapi masalah termasuk dari segi ahli pasukan yang meninggalkan projek, dan juga matlamat projek yang berubah-ubah.

Kini, nampaknya mungkin matlamat dan visi akhir telah ditetapkan, dan Apple sedang membentuk sebuah pasukan baharu dalam membangunkan projek kereta Apple ini.
Buat masa ini, pelbagai perkara masih menjadi tanda tanya, termasuk adakah mereka akan mengeluarkan sendiri kenderaan akhir tersebut atau bekerjasama dengan pengeluar sedia ada.