Google Akan Menamatkan Stadia Pada Januari 2023

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. oleh .

Google hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan permainan berasaskan awan mereka, iaitu Stadia.

Google akan menamatkan perkhidmatan ini sepenuhnya pada 18 Januari 2023.

Google Stadia

Google mengatakan mereka terpaksa menutup perkhidmatan Stadia kerana ia tidak menerima permintaan dikalangan pengguna seperti yang dijangkakan oleh pihak Google. Ini membuatkan mereka terpaksa menamatkan sepenuhnya Stadia.

Apa pun, Google akan memulangkan kembali semua wang pembelian semua perkakasan dan permainan Stadia yang dilakukan melalui Google Store.

Walaupun ditamatkan, Google dijangka akan mengintegrasikan sejumlah teknologi Stadia pada bahagian-bahagian lain dalam syarikat teknologi tersebut.

komen


© Amanz / 2023 Kami