Cari @ Amanz

Mark Zuckerberg kini mengumumkan buat pertama kalinya yang mana Meta akan menghentikan pengambilan pekerja baharu, disamping turut akan mengurangkan kos operasi.

Langkah ini dilihat selari dengan pengurangan pendapatan Meta kebelakangan ini, disamping kesan ekonomi global yang perlahan berbanding sebelum ini.

Malah, harga dagangan saham Meta sendiri memperlihatkan kejatuhan drastik pada tahun ini.

Ia turut diumumkan pelbagai pasukan di Meta akan dikurangkan saiznya, membolehkan pihak Meta memfokuskan tenaga dan perhatian kepada bahagian produk utama mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd