Carian
Spesifikasi OnePlus 11R Tertiris – Dijana Snapdragon 8+ Gen 1, 100W SuperVOOC
September 30, 2022 Fahim Zahar

OnePlus 10R adalah peranti kelas pertengahan premium yang dijana dengan cip pemprosesan Dimensity 8100-Max dan menyokong pengecasan pantas 150W SuperVOOC. Di China peranti ini dilancarkan sebagai OnePlus Ace, di mana ia sangat mirip dengan Realme GT Neo3.

Terkini MySmartPrice telah mendedahkan yang OnePlus akan hadir dengan pengganti iaitu OnePlus 11R. Apa yang menariknya adalah, peranti ini dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang jauh lebih berkuasa. Ia turut akan menggunakan sistem pengecasan baharu, iaitu 100W SuperVOOC.

Skrin peranti dikatakan akan kekal dengan panel AMOLED, kali ini bersaiz 6.7-inci dengan FHD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Bateri peranti adalah 5000mAh, konfigurasi kamera pula adalah 50+8+2 Megapixel.

Pasaran OnePlus 11R masih tidak pasti lagi akan kekal eksklusif di India atau dikembangkan ke negara lain lagi.

Komen