Cari @ Amanz

Di kolej dahulu impian kami ialah memiliki sebuah monitor Wacom kerana ia membolehkan lakaran terus pada skrin menggunakan stylus. Ketika era tanpa telefon pintar dan komputer tablet, monitor Wacom ialah pilihan terbaik penghasil karya seni digital. Minggu ini monitor Wacom Cintiq Pro 27 telah dilancarkan dengan pelbagai ciri menarik untuk artis.

Skrin Cintiq Pro 27 sebesar 27″ menyokong resolusi 4K 10-bit yang menyokong 98% warna DCI-P3, 99% Adobe RGB dan melepasi piawaian Pantone SkinTone. Perbezaan ketara pada monitor ini ialah kesemua butang akses pantas diletakkan di bahagian belakang dan bukan pada sisi skrin seperti monitor Wacom terdahulu. Oleh sebab itu saiz fizikal skrin ini adalah lebih kecil berbanding monitor Wacom Cintiq sebesar 24″.

Terdapat I/O, HDMI 2.1, USB-C, USB-A dan Display Port. Turut hadir dengan monitor ini ialah stylus Pro Pen 3 yang boleh mengesan 8192 tahap tekanan. Tubuh stylus juga boleh diubah dengan aksesori tambahan yang juga mengubah pusat graviti ketika digunakan. Tiga butang sisi turut boleh dibuang. Seperti kesemua stylus Wacom, stylus tidak memerlukan bateri untuk beroperasi.

Wacom Cintiq Po 27 dijual pada harga $3,499.95 (~RM 16,243) untuk skrin sahaja dengan tapak Cintiq Pro 27 Stand dijual pada harga $499.95 (~RM2320).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd