Cari @ Amanz

Redmi Note 11R 5G telah dilancarkan secara rasminya di China. Ia menampilkan rekaan seumpama sebuah Poco M5, sementara itu perkakasan dalamannnya pula meminjam sebahagian besar daripada Redmi Note 11E 5G.

Melaluinya peranti menggunakan skrin LCD sebesar 6.58-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 700, memori sehingga 5GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB. Bateru pula sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 18W.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 13MP (utama) + 2MP (portrait) dan kamera hadapan pula 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari di sisi, bicu audio 3.5mm, rangkaian 5G, IR Blaster dan menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 12.

Tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti Black, White dan Blue, telefon pintar ini dijual di China bermula RMB1099 (~RM716).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd