Butiran AMD Ryzen 7000 X3D Tertiris – Peningkatan Prestasi Ketara Dijangka

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AMD baru sahaja melancarkan cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 mereka baru-baru ini, menggunakan cip pemprosesan Zen 4 terbaru dan memperlihatkan peningkatan prestasi yang ketara dan juga sokongan untuk beberapa teknologi baru seperti memori DDR5 dan juga teknologi penghantaran data PCIe 5.0.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa AMD akan memperkenalkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 X3D di masa akan datang melalui sebuah slaid pembentangan yang tertiris ke arena web. Perkara inii dilihat sebagai penting kerana cip pemprosesan ini, yang menggunakan teknologi 3DV cache yang secara ringkasnya meningkatkan prestasi cip pemprosesan khususnya dalam tugasan seperti gaming.

Penggunaan 3DV cache ini dimulakan sejak siri cip pemprosesan AMD Ryzen 5000, dan telah memperlihatkan peningkatan prestasi yang agak ketara, dan ia dijangka perkara yang sama juga akan berlaku untuk cip pemprosesan AMD Ryzen 7000.

Tetapi melalui slaid tersebut juga, ia dikatakan bahawa AMD belum mengesahkan lagi bilakah cip pemprosesan ini akan dilancarkan, dan jangkaannya ialah bahawa ia akan diperkenalkan sekitar penghujung 2023 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami