Apple iPhone 14 Pro Kini Menduduki Tangga Kedua Pada DXOMark Untuk Fotografi

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DXOMark hari ini mengemaskini senarai mereka, dan telah menambah Apple iPhone 14 Pro pada senarai kedudukan skor kamera pada telefon pintar.

Melalui skor yang dikeluarkan, iPhone 14 Pro menerima skor sebanyak 146, satu mata dibelakang Honor Magic4 Ultimate yang dilancarkan pada Mac 2022 – sekaligus membuatkan Apple menduduki tangga kedua pada senarai kamera terbaik pada telefon pintar.

DXOMark mengatakan iphone 14 Pro menawarkan prestasi rakaman video yang sangat baik, termasuk dengan sokongan penjejakkan wajah, kualiti zoom yang baik, selain paparan gambar pralihat dan rakaman yang sangat jitu.

Namun, terdapat beberapa kekurangan seperti kesan hinggar untuk rakaman dalam bangunan, dan kualiti suara yang sedikit kurang ketika rakaman luar.

Selain iPhone 14 Pro, iPhone 13 Pro masih menduduki tangga lima teratas pada senarai DXOMark.

komen


© Amanz / 2022 Kami