Cari @ Amanz

Twitter untuk Android minggu ini dilihat menerima banyak kemaskini. Pertama, ciri podsiar pada Spacesmula muncul untuk pengguna Twitter Blue jika sebelum ini ia terhad untuk iOS sahaja. Terkini, antaramuka pada bahagian permesejan mula dikemaskini.

Jika sebelum ini ikon untuk masukkan imej dan GIF diasingkan dengan kotak teks, kini ia digabungkan dalam satu bahagian. Twitter juga menggunakan rekaan yang lebih moden, ikon hantar juga lebih kemas dan jika teks mula ditaip kedua-dua ikon tadi akan berada di bahagian bawah.

Secara keseluruhan bahagian kotak teks nampak lebih kemas. Kemaskini dilihat sudah pun diedarkan kepada majoriti pengguna Twitter di Android. Peranti Android yang ada di makmal Amanz seperti Nothing, Samsung dan beberapa yang lain turut sudah menggunakan rekaan baharu ini walaupun versi yang berlainan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd