Vivo Y73t Diumumkan Dengan Kamera 50MP, Bateri 6000mAh

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo Y73t telah dilancarkan di China sebagai sebuah peranti kelas asas dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700. Turut melengkapi peranti adalah tubuh seumpama sebuah iQOO Z6x yang dilengkapi panel hadapan bertakuk kecil bersama binaan modul kamera besar yang memuatkan dwi-sensor utama.

Skrin peranti adalah sebesar 6.58-inci LCD beresolusi HD+ dan kadar segar semula 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Dimensity 700, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman pula mencapai 256GB. Bateri pula sebesar 6,000mAh yang boleh dicas menggunakan port USB-C.

Kamera utama pula sebesar 50MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan menjalankan OriginOS Ocean berasaskan Android 12. Untuk harga, ia dijual di China bermula RMB1399 (~RM912) untuk sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami