Sony Menawarkan Kad CFexpress Type A Dengan Kapasiti 640GB

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Storan CFexpress Type A secara lazimnya mempunyai kapasiti yang lebih kecil berbanding CFexpress Type B. Ini adalah kerana saiz fizikalnya juga lebih kecil. Serentak dengan pelancaran Sony FX30 semalam, Sony mengumumkan mereka akan mula menawarkan kad CFexpress Type A dengan kapasiti 640GB yang menjadikannya terbesar pernah dihasilkan setakat ini.

Kad mempunyai kemampuan membaca pada kelajuan 800 MB/s dan menulis pula pada kelajuan 700 MB/s yang membolehkan rakaman video 4K 120p pada kadar bit yang tinggi. Selain itu kad turut melepasi piawaian kalis debu serta air IP57 serta digunakan dalam pelbagai jenis cuaca.

Harga jualan CEA-G640T dengan kapasiti 640GB ialah €1350 (~RM6148) bermula Disember manakala CEA-G320T dengan kapasiti 320GB pula dijual pada harga €710 (~RM3233) bermula Oktober ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami