Jam Omega Speedmaster X-33 Marstimer Menunjukkan Waktu Di Bumi Dan Marikh

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ramai percaya manusia akan sampai ke permukaan bulan dalam generasi ini. Misi Artemis ke bulan oleh NASA ialah fasa pertama untuk menghantar manusia ke Marikh dengan bulan dijadikan tempat pelancaran. Waktu di bumi dan Marikh adalah berbeza dan oleh itu jam tangan Omega Speedmaster X-33 Marstimer telah dilancarkan.

Marstimer dibangunkan dengan kerjasama Agensi Angkasa Eropah (ESA) bagi membolehkan angkasawan di Marikh menjejak waktu dengan tepat di bumi dan juga Marikh kelak. Ini adalah perlu memandangkan sehari di Marikh ataupun dipanggil Sol ialah sekitar 24 jam 40 minit manakala setahun pula hampir 670 hari. Pengembara di Marikh memerlukan jam yang boleh diandalkan untuk sentiasa menunjukkan waktu yang tepat.

Jam mempunyai tubuh sebesar 45mm diperbuat daripada titanium dengan ia boleh dibawa menyelam sehingga 30 meter. Muka jam pula hadir dengan kaca nilam yang tahan lasak. Bagi yang berminat Omega Speedmaster X-33 Marstimer djula pada harga $6400 (~RM29,680) seutas.

komen


© Amanz / 2022 Kami