Yoodo Meningkatkan Harga SMS Bermula 4 Oktober 2022

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yoodo kini dilihat akan mengemaskini harga untuk SMS dibawah penawaran mereka bermula dari 4 Oktober 2022 kelak.

Pada hari ini, Yoodo menawarkan beberapa pilihan untuk pakej SMS, termasuk RM3 untuk 50 sms, RM5 untuk 100 SMS, RM8 untuk 200 SMS, dan RM12 untuk 300 SMS.

Namun, bermula 4 Oktober 2022 kelak, dua pakej akan ditingkatkan harga penawarannya. Untuk 200 SMS, ia akan berharga RM10, sementara untuk 300 SMS, ia berharga RM15.

Berkemungkinan peningkatan harga ini adalah kerana pengurangan penggunaan SMS pada rangkaian Yoodo.

komen


© Amanz / 2022 Kami