Carian
TIME : Jangan Letak Penghala WiFi Berdekatan Peranti Elektronik Lain
September 30, 2022 Aman

Pihak TIME kini berkongsi menasihatkan pengguna supaya tidak meletakkan penghala atau router WiFi berdekatan dengan peranti elektronik lain seperti televisyen atau ketuhar gelombang mikro.

Hal ini dikatakan kerana kebanyakkan peranti elektronik menggunakan teknologi frekuensi radio – yang mana pengeluaran isyarat berhampiran antara satu sama lain mungkin akan membawa kepada gangguan kepada capaian kualiti internet pengguna.

Disamping itu, pengguna juga dinasihatkan untuk menyemak jenis peranti dan penghala (router) yang digunakan dalam membolehkan pengguna menikmati kelajuan internet yang setimpal.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan frekuensi 5Ghz untuk menikmati sambungan yang lebih laju – kerana kurangnya peranti elektronik lain yang menggunakan frekuensi tersebut.

Komen