Apple Menguji Sokongan Mod Tembus Bunyi Adapatif Untuk AirPods Pro Generasi Pertama

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AirPods Pro sehingga hari ini dikatakan sebagai set fon telinga nirwayar sebenar terbaik untuk Apple, kerana ia menyokong tambatan pantas, mempunyai kemampuan pembatalan hingar aktif yang cukup baik, menawarkan sokongan audio spatial yang cukup hebat dan lain-lain lagi.

Walaupun Apple sudah melancarkan AirPods Pro generasi baharu yang dikatakan semakin baik dengan audio yang berkualiti, Apple masih tidak melupakan AirPods Pro generasi pertama mereka. Sokongan kemaskini masih diteruskan dan dalam iOS 16.1 beta versi iOS 16.1b3, TWS ini menerima sokongan kemaskini beta v5A304a.

Dalam kemaskini ini, ia memberikan TWS ini sokongan Adaptive Transparency. Ciri ini diperkenalkan pada AirPods Pro 2 dan kini pengguna generasi pertama turut dapat menikmatinya. Dengan ciri ini, ia memberikan kualiti mod tembus bunyi yang lebih berkualiti, di mana ia boleh menghalang bunyi bising seperti bunyi siren, bunyi pembinaan dan lain-lain di sekeliling sambil mendengar suara manusia.

Ciri Adaptive Transparency pada AirPods Pro 2 boleh diaktifkan kerana menggunakan cip Apple H2. Tetapi AirPods Pro menggunakan cip Apple H1, jadi kualitinya masih tidak pasti lagi adakah setaraf atau akan ada kekurangan. Mereka yang menjalankan iOS 16.1 versi beta sudah boleh mengujinya bermula hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami