Carian
Bruce Willis Menjual Hak Imej Untuk Digunakan Watak Digital Dalam Filem Dan Iklan
September 30, 2022 Effi Saharudin

Bruce Willis mengumumkan persaraan dari dunia lakonan Mac lalu kerana menghidap penyakit Aphasia. Ini mengakibatkan pesakit tidak mahu memahami percakapan ataupun menulis. Walaupun kerjaya lakonan beliau telah berakhir, wajah dan imej Bruce Willis akan terus digunakan di masa hadapan selepas beliau menjual hak penggunaan kepada firma Deepcake.

https://www.youtube.com/watch?v=VGQxsXWnDP4

Deepcake ialah firma yang menghasilkan kesan khas khususnya yang menggunakan teknologi DeepFake. Selepas ini wajah Willis boleh ditampal pada wajah pelakon lain sebagai ganti sementara kembar digital beliau pula digunakan sebagai kesan khas dalam iklan. Sebelum ini Willis hanya membenarkan wajah beliau digunakan tetapi kini kembar digital beliau boleh digunakan pelanggan yang berminat untuk menggunakan beliau sebagai duta walaupun kini tidak lagi mampu melakukannya secara fizikal.

Komen