Cari @ Amanz

Ciri ‘edit’ ataupun menyunting ciapan merupakan salah satu daripada ciri yang sangat ditunggu-tunggu oleh para pengguna Twitter.

Tidak lama dahulu, Twitter telah mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan ciri tersebut, dan kini nampaknya ciri tersebut sudah hampir sedia untuk diperkenalkan secara rasmi.

Akaun Twitter Blue dilihat yang pertama menggunakan ciri suntingan tersebut dengan ciapan dibawah ini, yang memperlihatkan tanda masa apabila ciapan tersebut disunting.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi samada ciri ini akan diperkenalkan untuk para pengguna Twitter Blue terlebih dahulu, ataupun akan diperkenalkan kepada semua pengguna platform tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd