Wiko 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Oktober 2022

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Wiko 10 telah disahkan bakal hadir ke Malaysia namun tarikh pelancaran untuknya tidak pula diketahui. Sehinggalah hari ini, ia dikongsikan yang mana dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober ini. Dalam masa sama, peranti juga didapati telah tersenarai menerusi laman web rasmi Wiko Malaysia – sekaligus mendedahkan maklumat penuh mengenai penawarannya.

Wiko 10 merupakan sebuah peranti dengan janaan cip MediaTek Helio G37. Ia kemudiannya dipadankan dengan skrin sebesar 6.7-inci IPS LCD HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Kapasiti memori pula sehingga 6GB RAM, sementara itu storan dalaman pula 128GB.

Turut disertakan adalah kamera utama 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro), kamera swafoto 8MP dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 22.5W. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.0, port sambungan USB-C dan menjalankan Android 12.

Setakat ini, peranti hanya disenaraikan tanpa perkongsian lanjut mengenai harga jualan. Ia akan didedahkan selepas pelancaran rasmi dan kami di Amanz turut akan berkongsi kemaskini untuk perkongsian bersama.

komen


© Amanz / 2022 Kami