Hospital Kuala Lumpur Kini Menyediakan Perkhidmatan Pembedahan Menggunakan Teknologi Robot

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hospital Kuala Lumpur kini menjadi hospital kerajaan pertama yang menawarkan perkhidmatan pembedahan menggunakan teknologi robot.

HKL menggunakan sokongan Robotic Surgery Assisted (ROSA) untuk pembedahan penggantian sendi lutut dan juga pinggul kepada pesakit.

Untuk makluman, pembedahan menggunakan robot ini telah dilaksanakan sejak Julai 2022 lepas, dan seramai 21 pesakit dengan masalah osteoarthritis telah melalui pembedahan penggantian sendi lutu dan pinggul ini.

Penggunaan teknologi robot dikatakan memberikan kejituan sehingga 98% berbanding sebelum ini, yang mana hanya sekitar 95% menggunakan sistem navigasi komputer.

Disamping itu, tempoh pesakit boleh keluar dari hospital juga lebih singkat berbanding sebelumnya.

Sumber : Bernama

komen


© Amanz / 2022 Kami