Ibu Pejabat DJI Kelihatan Seperti Bongkah Tetris Dengan Jambatan Gantung Di Tengah-Tengah

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ibu pejabat baharu DJI di Shenzen telah dibuka dengan ia kelihatan seperti bongkah Tetris yang disusun dengan dua menara disambungkan dengan sebuah jambatan gantung di tengah-tengah. Menara berkembar DJI Sky City ini direka oleh firma terkemuka Foster + Partners.

Rekaan ibu pejabat ini agak menarik kerana terdiri daripada teras utama yang kemudian mempunyai seksyen berkotak yang disambung menggunakan rekaan penopang untuk meletakkan ruang pejabat. Menara dengan ketinggian 194 meter dan 212 meter ini bersambung di tengah-tengah dengan sebuah jambatan gantung pada ketinggian 105 meter yang merentasi sebuah kolam air.

Di bahagian bumbung beberapa segmen, terdapat taman hijau yang boleh digunakan kakitangan DJI untuk berehat. Air hujan yang dikumpul oleh DJI Sky City dikitar semula untuk digunakan oleh pejabat. Rekaan berkotak seakan bongkah Tetris ini disengajakan bagi meningkatkan ruang kaca bangunan bagi memberikan sebanyak mungkin pencahayaan semula jadi.

komen


© Amanz / 2022 Kami