Geely Mengambil Pegangan 7.6% Pada Aston Martin
October 1, 2022
Automotif
Aman
Geely sedia mempunyai pegangan pada sejumlah syarikat automotif, termasuk pengeluar kereta tempatan, Proton. Terbaru, kini Geely turut mengambil pegangan sebanyak 7.6% pada pengeluar kereta mewah, Aston Martin.

Dengan langkah ini, Geely terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena automotif – dan menyasarkan perkongsian teknologi bersama pelbagai pengeluar lain.
Geely pada hari ini turut mempunyai pegangan pada Lotus, Volvo Car, dan juga Mercedes-Benz.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.