Carian
Tesla Memperlihatkan Prototaip Awal Untuk Robot Berbentuk Manusia
October 1, 2022 Aman

Elon Musk hari ini memperlihatkan prototaip awal untuk robot berbentuk manusia yang sedang dibangunkan oleh Tesla, dinamakan sebagai Tesla Bot atau turut kadang-kala dinamakan Optimus..

Melalui prototaip yang dipertontonkan, ia memperlihatkan robot tersebut boleh berjalan dan bergerak. Disamping itu, ia juga ditunjukkan yang mana robot ini boleh melakukan tugasan seperti menyiram pokok, atau bertugas pada bahagian operasi kilang.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pembangunan dan masih perlu melalui sejumlah fasa pembangunan sebelum ia berjaya bergerak dengan lancar dan melakukan pelbagai tugasan, termasuk berinteraksi dengan manusia.

Elon Musk masih belum memberikan tarikh untuk pengenalan rasminya buat masa ini. Namun, dari segi kos, ia dijangka dibawah $20,000 setiap satu. 

Komen