Expert RAW Kini Boleh Digunakan Samsung Galaxy Note20 Ultra, S20 Ultra Dan Z Fold2

Diterbitkan pada Okt 1, 2022. oleh .

Expert RAW ialah aplikasi kamera yang menyasarkan pengguna yang inginkan kawalan aplikasi kamera yang terperinci bagi mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik. Selama ini aplikasi Expert RAW hanya diberikan kepada peranti mercu baharu sahaja. Minggu ini sokongan diberikan kepada tiga lagi peranti iaitu Samsung Galaxy Note20 Ultra, S20 Ultra dan Z Fold2.

Pengguna ketiga-tiga peranti mercu ini boleh memuat turun Expert RAW dari Google Play Store dan Samsung Galaxy Store hari ini. Pengumuman dilakukan oleh Samsung menerusi forum rasmi mereka. Sungguhpun Expert RAW disokong pada peranti yang lebih berusia, mereka mengatakan kualiti imej dan tempoh memproses pada tiga peranti lama ini adalah lebih lama berbanding model lebih terkini kerana had pada kuasa cip yang digunakan.

komen


© Amanz / 2023 Kami