Cari @ Amanz

MySejahtera terus menambah ciri-ciri integrasi sebagai hab untuk pelbagai perkara berkaitan kesihatan seseorang pengguna. Terbaru, bermula Oktober ini, ciri baharu akan ditambah pada MySejahtera, iaitu kad penderma darah digital.

Melalui kemaskini baru ini, ia akan memaparkan kad penderma darah secara digital, termasuk kelebihan dan juga bilangan seseorang telah menderma darah.

Buat fasa permulaan ini, mereka yang menderma darah di pusat pendermaan darah menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) sahaja yang akan direkodkan melalui MySejahtera. Sistem ini digunakan di 22 pusat kuitpan darah di seluruh negara. Ia juga dijangka memaparkan rekod sejak 10 tahun terakhir melalui MySejahtera.

Kemaskini baharu ini telah tersedia pada MySejahtera versi iOS hari ini, dan bakal menyusul ke Android tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd