Logo USB Diseragamkan Bagi Mengelakkan Kekeliruan – Nama SuperSpeed Tidak Lagi Digunakan

Diterbitkan pada Okt 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat banyak format USB digunakan pada peranti dan juga kepala yang berbeza. Kepala Lightning pada iPhone masih menggunakan USB 2.0 dengan kelajuan 480 Mbp sementara USB-C pada Fold4 menggunakan USB 3.2 dengan kelajuan mencecah 20Gbps. Masalah kepada pengguna ialah mencari kabel yang paling serasi dengan peranti yang digunakan.

Terdapat pelbagai logo digunakan pada pakej pemasaran tetapi ia tidak memberikan maklumat kepada pengguna mengenai kelajuan yang disokong. Oleh itu USB IF kini mengemaskini penggunaan logo pada produk yang menyokong pelbagai format USB di pasaran. Penggunaan nama SuperSpeed dihentikan serta merta.

Sebagai contoh logo SuperSpeed USB 5Gbps ditukar ke nama yang lebih pendek USB 5Gbps. Sementara itu USB4 40Gbps pula diubah ke USB 40Gbps yang lebih konsisten. Pada kotak jualan, selain kelajuan maksimum pemindahan yang disokong, kuasa yang boleh disokong juga perlu dipaparkan. Ini adalah selari dengan pengumuman yang dilakukan pada Oktober tahun lalu.

Dengan ini diharap isu tersalah beli kabel akan berakhir. Malang sekali Malaysia terdapat banyak penjual yang meletakkan logo secara cacamerba dan apa di kotak tidak semestinya disokong pada produk yang dibeli.

komen


© Amanz / 2022 Kami