Cari @ Amanz

Citroen, salah satu pengeluar kereta popular, kini turut memperlihatkan sebuah rekaan konsep kenderaan elektrik – dimana ia dibina berasaskan kepada kotak yang dikitar semula.

Citroen menamakan kenderaan sebagai Oli. Kenderaan ini menggunakan bahan yang dikitar semula. Menariknya juga, rekaan bonet, dan bumbung turut dibina berasaskan kepada kotak yang dikitar semula.

Kereta konsep ini boleh dibawa pada kelajuan maksima mencapai 110 kmj.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan membawa kepada era yang lebih mesra alam, selain lebih ringan dan kos lebih rendah.

Buat masa ini, kereta Oli ini sekadar konsep sahaja, dan tidak diketahui akan dikomersilkan atau sebaliknya.

  • Sumber
  • Sumber : CNBC
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd