NASA Tangguh Misi Artemis I Sehingga Ke Bulan November
Aman
NASA kini menangguhkan misi Artemis 1 sehingga ke pertengahan November kelak.
Seperti ramai sedia maklum, misi Artemis 1 telah cuba dilancarkan sebanyak dua kali sebelum ini, tetapi dibatalkan kerana masalah teknikal. Mengikut tarikh baharu, NASA menyasarkan untuk melancarkannya seawal 12 November 2022 kelak.

Misi Artemis 1 ingin menghantar roket ke Bulan dalam memantau permukaan Bulan, sebelum menghantar angkasawan wanita pertama ke Bulan selepas itu dibawah misi-misi seterusnya. Ia dijangka menjadi titik tolak dalam membentuk penempatan pada satelit semulajadi Bumi tersebut.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan bulan November kelak untuk menyaksikan pelancaran misi ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.