Robot Untuk Mengajar Tai Chi Dibangunkan

Diterbitkan pada Okt 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengkaji di RIT (Rochester Institute of Technology) kini telah membangunkan sebuah sistem robot yang boleh mengajar Tai Chi.

Pembangunan robot ini adalah sebahagian daripada kajian, membolehkan robot mengetuai pengajaran di sesuatu komuniti. Robot ini juga boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif, selain membangunkan teknik dalam berinteraksi dengan robot pada pelbagai keadaan berbeza.

Tai Chi menyertakan sejumlah pergerakkan, meditasi, dan juga pengawalan pernafasan. Tai Chi juga dipercayai meningkatkan pergerakkan darah ke otak – yang mana membawa kebaikkan kepada memori dan juga pembelajaran.

Penggunaan robot untuk pengajaran ini dijangka akan menawarkan capaian kepada komuniti yang lebih meluas berbanding hari ini.

Dengan pelbagai negara ke arah negara tua dalam masa sedekad lagi, berkemungkinan robot ini sangat berguna untuk digunakan dalam komuniti.

Sumber : RIT

komen


© Amanz / 2022 Kami