Carian
Apple Dilaporkan Tidak Merancang Mengembalikan Touch ID Pada iPhone
October 3, 2022 Effi Saharudin

Sebelum ini muncul beberapa ura-ura Apple sedang menguji mengembalikan semula sistem Touch ID pada iPhone yang kini menggunakan Face ID. Beberapa prototaip dipercayai telah diuji. Tetapi menurut laporan terkini Mark Gurman di Bloomberg, Apple tidak merancang untuk mengembalikan Touch ID dalam masa terdekat.

Sistem Touch ID bawah skrin dan pada butang kuasa telah diuji tetapi pada waktu ini penggunaan hanya Face ID akan diteruskan. Ini pastinya mengecewakan mereka yang lebih menggemari sistem Touch ID. Sepanjang pandemik, imbasan cap jari lebih pantas dan praktikal dengan ini dibuktikan pada peranti Android yang menyokong lebih daripada satu sistem biometri.

Komen