Cari @ Amanz

Minggu lalu muncul laporan Bruce Willis menjual hak imej beliau kepada firma DeepCake untuk digunakan sebagai watak digital dalam iklan dan juga filem kerana beliau telahpun bersara. Tetapi hujung minggu lalu, wakil beliau kini menafikan pula laporan ini.

DeepCake telah menggunakan wajah beliau untuk digunakan di dalam sebuah iklan di Rusia. Namun begitu hak intelek wajah Bruce Willis masih lagi dipegang oleh beliau menerusi agensi CAA. Penggunaan kecerdasan buatan untuk menghasilkan semula lakonan dan suara kini sudah menjadi perkara biasa.

Wajah Mark Hamill yang lebih muda ditampal pada pelakon lain dalam siri Book of Boba Fett. James Earl Jones pula menjual hak penggunaan suara beliau untuk watak Darth Vader juga minggu lalu kepada sebuah firma kecerdasan buatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd