Spesifikasi Google Pixel Watch Tertiris Lagi – Bateri Sehingga 24 Jam Dan Pengecas USB-C

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pelancaran Google Pixel Watch berlaku dalam masa beberapa hari sahaja lagi, maklumat mengenai jam tangan pintar ini mula tertiris tanpa sebarang sekatan. Menurut laporan 9to5Google, imej promosi rasmi peranti ini telah tertiris mengesahkan beberapa perkara seperti ketahanan bateri, pengecas dan apa yang akan diberikan dengan setiap pembelian.

Pertama sekali bateri jam akan hanya bertahan sehingga 24 jam dengan sekali caj. Lebih rendah berbanding pesaingnya Galaxy Watch5 dan Apple Watch Series 8. Pengecas magnetik yang diberikan akan bersambung kepada kepala pengecas USB-C. Turut disertakan dalam kotak ialah tali jam lebih pendek untuk pengguna yang mempunyai pergelangan tangan yang kecil.

Jam turut mempunyai kemampuan melakukan panggilan telefon apabila berlalu kecemasan, menjejak tidur dan boleh dikesan menggunakan ciri Find My Device. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, walaupun Pixel Watch ialah sebuah jam tangan baharu ia akan menggunakan cip yang sudah berusia empat tahun keluaran Samsung.

komen


© Amanz / 2022 Kami