Infinix Note 12 (2023) Berharga RM799 Di Malaysia – Ketersediaan Bermula 7 Oktober

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Infinix kini hadir dengan penawaran baharu buat pengguna di Malaysia menerusi Note 12 (2023). Ia merupakan peranti berspesifikasi pertengahan dengan janaan cip MediaTek Helio G99. Bagi yang berminat, telefon pintar ini berharga RM799 di Malaysia dan ketersediaan bermula pada 7 Oktober 2022 secara eksklusif di Shopee. Menariknya, ia juga boleh dibeli pada harga promosi serendah RM699 yang terhad sewaktu jualan pertama sahaja.

Untuk spesifikasi, Infinix Note 12 (2023) dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.7-inci beresolusi FHD+ (1080 x 2400). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G99, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 33W.

Seterusnya, kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP + AI Lens dan kamera swafoto 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, menjalankan Android 12, port sambungan USB-C dan dwi-pembesar suara dengan audio Hi-Res.

komen


© Amanz / 2022 Kami