Carian
Apple Menamatkan Penawaran Kad SIM Didalam Tablet iPad Selular Mereka
October 3, 2022 Nazrin

Untuk beberapa model iPad yang dilancarkan sebelum ini, khususnya versi dengan sokongan rangkaian selular, Apple telah memberi kad SIM fizikal untuk digunakan di beberapa buah negara dan juga syarikat telekomunikasi terpilih.

Terkini, Apple telah mengesahkan bahawa bermula 1 Oktober ini, mereka tidak lagi akan menyertakan kad SIM untuk semua penawaran iPad mereka yang menerimanya sebelum ini. Terdapat diantara penawaran iPad Pro yang mana kad SIM tersebut terpasang secara terus didalam peranti sebelum ini.

Menurut Apple, mereka yang membeli peranti iPad versi selular selepas tarikh tersebut akan perlu menghubungi pihak syarikat telekomunikasi mereka sendiri untuk melihat bagaimana mereka boleh mengaktifkan sambungan tersebut pada tablet mereka.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan khususnya apabila kita melihat sebelum ini bahawa penawaran iPhone 14 di Amerika Syarikat tidak lagi hadir dengan slot SIM fizikal dan digantikan dengan eSIM.

Komen