YouTube Mungkin Akan Mengehadkan Pestriman 4K Kepada Pelanggan Premium

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lagi berita kurang enak untuk pengguna YouTube percuma. Selain jumlah iklan yang semakin meningkat, YouTube juga kini dilihat menguji ciri mengehadkan penstriman pada resolusi 4K kepada pengguna Premium sahaja.

Tangkapan layar di atas dikongsi oleh pengguna u/Ihatesmokealarms di Reddit. Ia jelas menunjukkan pilihan penstriman 4K hanya boleh diakses pelanggan Premium. Tindakan ini mungkin tidak popular tetapi ini adalah perkara yang semakin kerap dilakukan YouTube. Sebelum ini ciri muat turun video juga dihadkan kepada pelanggan Premium sedangkan sebelum ini ia diberikan kepada semua.

komen


© Amanz / 2022 Kami