Spesifikasi Lengkap Google Pixel 7 Dan Pixel 7 Pro Tertiris – Hadir Dengan Zum Optikal 5X

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bukan sahaja spesifikasi Google Pixel Watch telah tertiris hujung minggu ini, spesifikasi penuh untuk Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro turut tertiris ke arena web dengan ia membawakan beberapa kejutan yang menarik.

Kita mulakan dengan Google Pixel 7 Pro yang hadir dengan skrin 6.7″ OLED LTPO QHD+ 120Hz, dijana cip Google Tensor G2, memori 12GB RAM, storan sehingga 256GB, dan bateri boleh bertahan 24 jam.

Tri-kamera utama 50MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar dan 48MP telefoto dengan kamera hadapan pula 10.8MP. Kamera utama menyokong zum optikal sehingga 5X dan zum digital sehingga 30X. Ia turut hadir dengan ciri Macro Focus dan Movie Motion Blur. Tubuh peranti melepasi piawaian IP68.

Google Pixel 7 pula hadir dengan skrin 6.3″ OLED FHD+ 90Hz, dijana cip Google Tensor G2, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB, dan bateri boleh bertahan 24 jam.

Dwi-kamera utama 50MP sudut lebar, dan 12MP ultra sudut lebar dengan kamera hadapan pula 10.8MP. Kamera utama menyokong zum digital sehingga 8X. Ia turut hadir dengan ciri Movie Motion Blur. Tubuh peranti melepasi piawaian IP68.

Dari segi keselamatan, Pixel 7 dan 7 Pro hadir dengan cip Titan M2 serta terdapat sistem imbasan cap jari serta imbasan wajah. Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro akan dilancarkan pada 6 Oktober ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami