Oppo Mengacah Kehadiran A77s Dan Band 2 Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua peranti baharu Oppo bakal ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Melaluinya, Oppo A77s dan Oppo Band 2 bakal diperkenalkan namun tarikh pelancaran khusus masih belum diketahui. Namun, kita boleh menjangkakan ia bakal didedahkan dalam masa terdekat. Dalam masa sama, kami di Amanz turut akan berkongsi mengenainya dalam kemas kini akan datang.

Setakat artikel ini ditulis, Oppo A77s masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran. Namun beberapa spesifikasi telah didedahkan, di mana peranti akan dilengkapi bateri 5000mAh dengan sistem pengecasan 33W. Dalam masa sama, dwi-kamera dengan sensor utama 50MP dan pembesar suara stereo turut digunakan.

Beralih kepada Oppo Band 2 pula, ia telah dilancarkan terlebih dahulu di China sekitar Ogos lalu. Sekiranya ia adalah model yang sama, perkakasan dalaman kelak akan terdiri dengan skrin 1.57-inci AMOLED, 200 pilihan muka jam yang boleh dikostumasi, 100 mod sukan terbina termasuk e-Sport dan bateri sehingga 2 minggu.

komen


© Amanz / 2022 Kami