Projek Menghasilkan Peta Otak Manusia Paling Terperinci Yang Menelan Belanja RM2.3 Bilion Diumumkan

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Otak manusia ialah komputer yang paling kompleks di muka bumi sekarang. Ia mempunyai kapasiti memori lebih besar berbanding superkomputer dan adalah sebab mengapa manusia berbeza dengan haiwan yang lain. Tetapi organ ini masih dipenuhi pelbagai misteri. Oleh itu projek BRAIN Initiative Cell Atlas Network (BICAN) cuba menghasilkan peta otak paling lengkap dengan ia bakal menelan belanja $500 juta (~RM2.3 bilion).

Projek ini akan cuba mengenalpasti dan menghasilkan peta neural serta sel nonneuronal pada keseluruhan otak manusia. Terdapat lebih 200 bilion sel pada otak manusia dan oleh sebab itulah projek dijangka mengambil masa lima tahun. Allen Institute di Seattle akan mengepalai projek dengan ia dibantu 17 lagi institusi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun,

Projek asal BRAIN (Brain Research Through Advancing Innovative Neurotechnologies) diumumkan pada tahun 2013 oleh Presiden Obama untuk memetakan otak. Pada peringkat awal otak tikus makmal berjaya dipetakan dengan lebih 100 jenis sel dikenalpasti. Berdasarkan kejayaan ini otak manusia akan dipetakan menggunakan teknik yang sama tetapi akan menjadi lebih sukar kerana otak manusia 1000 kali lebih besar berbanding tikus.

Selain memetakan otak, perubahan otak berdasarkan perbezaan umur dan latar belakang etnik turut akan dilakukan untuk melihat bagaimana otak berubah tahun demi tahun.

komen


© Amanz / 2022 Kami