Sekian lama mengacah mengenai kehadirannya, kini OnePlus Nord Watch dilancarkan secara rasminya di India. Ia merupakan seutas jam tangan bermuka empat segi bersama satu butang fizikal di sisi. Turut disertakan adalah tali silikon dengan beberapa pilihan warna seperti Deep Blue dan Midnight Black.


Untuk spesifikasi, jam tangan ini menggunakan skrin AMOLED sebesar 1.78-inci beresolusi 368 x 448 piksel dengan kepadatan piksel mencapai 326 PPI. Ia kemudiannya dipadankan dengan pelbagai ciri penjejakan kesihatan asas seperti pengesanan kadar degupan jantung sepanjang hari, SpO2, pemantauan pola waktu tidur, kitaran haid dan tahap stress.

Melengkapinya adalah 105 pilihan mod sukan terbina, di samping melepasi penarafan kalis air IP68. Bateri 230mAh yang disertakan mampu beroperasi mencapai 30 hari dengan mod standbny, kemudian berkurang kepada 10 hari untuk penggunaan biasa. OnePlus Nord Watch dijual di India pada harga INR6,999 (~RM397) untuk seutas.
- Sumber
- Sumber – OnePlus India